dream. if its the only thing that makes u smile, then, dream

Thursday 12 September 2019

Seni untuk Seni vs Seni untuk Masyarakat


Angkatan Sasterawan 50 atau lebih dikenali sebagai ASAS 50 ditubuhkan sekitar tahun 1950. Gerakan ini melibatkan beberapa tokoh hebat seperti Usman Awang, Keris Mas, Asraf, Hamzah Hussain. Rentetan perdebatan topik yang hangat sekitar tahun 1950-1960 iaitu Seni untuk Seni dan Seni untuk Masyarakat, gerakan ini berpecah kepada dua disebabkan ketidaksefahaman antara penulis-penulis yang terlibat dalam gerakan tersebut yang berfahaman bahawa seni untuk seni dan seni untuk masyarakat.
Seni untuk seni difahamkan oleh Hamzah Hussain adalah untuk kepuasan penulis sendiri dalam mencipta karya yang berunsurkan nilai-nilai estetik. Dalam jurnal yang membahas fahaman Hamzah Hussein berkaitan Seni untuk Seni oleh Tg. Intan Marlina, 'Seni untuk Seni' tidak mementingkan langsung soal tujuan dalam penulisan sastera atau seni. Penulis cuma ingin mendapat "ketinggian keseronokan". lni bererti mereka hanya mementingkan kepuasan sendiri dalam bidang seni dan sering menitikberatkan soal estetika daripada soal memberi pengajaran kepada khalayak. Hamzah mengemukakan beberapa persoalan yang menunjukkan bahawa beliau tidak mengerti akan fahaman “seni untuk masyarakat” disebabkan beberapa orang yang memberi pendapat bahawa orang Melayu perlu dibebaskan dari bersikap superstitious, dibebaskan daripada fahaman sempit yang percaya kepada benda ghaib. Hamzah turut mengetengahkan objektif seni untuk seni adalah berteraskan fahaman kemanusiaan sejagat, kebebasan manusia dalam memilih kebaikan serta mengarah kepada fikiran yang bertamadun.
“Saya mahu tahu 'masyarakat' bagaimana yang dimaksudkan? Sama ada masyarakat beragama, masyarakat demokrasi, masyarakat sosialis, atau masyarakat komunis? Ternyata desakan saya itu tidak dapat dijawab tepat dan menyakinkan.”
Bagi pendapat saya, “seni untuk masyarakat” mengikut definisi Asraf, mungkin beliau mempunyai satu idea revolusi yang baik untuk masyarakat, beliau mahu masyarakat untuk berfikir di luar kotak, secara kreatif dan kritis tanpa perlu ditakut-takutkan. Perasaan takut itu menjadi tembok di sisi-sisi fikiran untuk berani menyuara dan membantah, mengunci mulut setiap manusia dari meluahkan apa yang tersemat dalam fikiran, beliau mahu masyarakat keluar daripada pengaruh tahanan feudal. Tetapi mungkin pernyataan beliau begitu radikal dan sangat rumit untuk dibahaskan secara neutral tetapi seni untuk masyarakat dari sisi yang positif dapat membantu dan membangkitkan kesedaran daripada jiwa setiap rakyat untuk membangunkan fikiran yang bertamadun.
Walaubagaimanapun, konteks “Seni untuk Masyarakat” masih belum dapat diertikan dengan teori atau idea-idea yang boleh mencapai kata sepakat kepada orang-orang yang setuju terhadap “Seni untuk Seni”. Jika seni untuk masyarakat itu adalah untuk menghapuskan sifat percaya kepada benda ghaib maka terma tersebut bersifat atheism kerana secara terang-terang menolak fahaman orang-orang yang beragama dan yang percaya adanya Tuhan sebagai pencipta. Hal ini kerana Islam percaya kepada benda ghaib, percaya kepada kewujudan Syurga dan Neraka.


RUJUKAN: