dream. if its the only thing that makes u smile, then, dream

Saturday 12 October 2019

Melayu Bukan Islam



Melayu merupakan kaum peribumi yang duduk di tanah Melayu atau nama selepas wujudnya Perlembagaan, semenjak Melayu melaung Merdeka, tanah ini disebut sebagai negara Malaysia. Malaysia mempunyai 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan, mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Melayu seringkali dikaitkan dengan Islam. Hal ini kerana seorang Melayu didefinisikan sebagai penduduk pribumi yang tahu bertutur dalam bahasa Melayu, menjalani adat serta tradisi orang Melayu dan juga beragama Islam.
Sebelum kedatangan Islam, Melayu percaya kepada roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk. Agama itu dikenali sebagai “animisme” dan mereka membuat pemujaan terhadap roh atau semangat kerana percaya ianya membawa kebaikan dan menambahkan rezeki. Bertitik tolak daripada kepercayaan animisme, orang Melayu mempunyai pelbagai adat istiadat dan pantang larang yang dibudayakan dalam kehidupan sebelum kedatangan Islam. Islam telah tersebar di Tanah Melayu sekitar abad ke-7 dimana kedatangan para pedagang telah menyebar agama Islam secara tidak langsung. Para pedagang ini telah berkahwin dengan penduduk pribumi dan agama Islam terus tersebar kepada golongan bangsawan. Islam telah menjadi agama rasmi orang Melayu. Namun begitu, orang Melayu bukanlah orang Islam dan orang Islam pula bukanlah orang Melayu. Ayat tersebut bermaksud tidak semua orang Melayu beragama Islam dan orang yang beragama Islam tidak semestinya berbangsa Melayu. Islam adalah agama universal yang bermaksud bebas dianuti oleh semua kaum manusia yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atas perintah Allah SWT. Islam sendiri bermaksud selamat daripada perkataan bahasa Arab. Islam turut dikaitkan dengan Arab selain Melayu.
Melayu dan Islam telah menjadi satu normalisasi di negara Malaysia dan menyebabkan benda-benda yang berkaitan Islam turut dikaitkan dengan Melayu apabila beberapa perkara menyentuh sensitiviti agama. Adat-adat Melayu serta Islam turut menjadi satu kekeliruan terhadap orang-orang yang punya persepsi “Islam itu Melayu”, Melayu merupakan kaum. Melayu mempunyai budaya, begitu juga dengan Arab. Islam itu bukanlah satu budaya tetapi merupakan satu agama yang mempunyai sistem kepercayaan yang teratur manakala kepercayaan pula tidak terorganisasi seperti agama. Agama merupakan sesuatu yang besar, dipeluk untuk dijadikan way of life manusia. Kepercayaan pula adalah sesuatu yang terwujud daripada kebudayaan kelompok manusia. Sebagai contoh, pemakaian songkok bukanlah sesuatu yang ditetapkan oleh agama Islam namun pemakaian songkok merupakan satu budaya yang wujud daripada manusia yang mengasimilasikan agama dengan budaya mereka. Songkok datang daripada pedagang Turki yang sampai ke Tanah Melayu, lalu apabila satu asimilasi berlaku daripada perkahwinan budaya itu bercampur dengan Melayu dan Melayu turut menggunakan songkok sebagai salah satu penanda imej mereka. Oleh hal yang demikian, songkok tidak terikat dengan mana-mana agama, songkok hanyalah satu budaya. Semua manusia boleh memakai songkok. Islam bukanlah Melayu atau Arab, tetapi Islam untuk semua.



No comments: