Puisi merupakan salah satu karya
yang dihasilkan dari pelbagai tujuan seperti mengkritik dan juga meluah segala
rasa yang tidak mampu diterjemah ke dalam abjad-abjad eksternal. Selain menjadi
alat seni, puisi turut menjadi sebagai alat meditasi bagi penulis itu sendiri.
Namun begitu, walaupun puisi digunakan sebagai salah satu medium untuk belajar
dan mendalami jiwa tetapi ianya tidak bermaksud untuk penulis menjadi guru
dalam tulisan mereka, menggunakan perkataan larangan adalah sama sekali
menghilangkan nilai estetika puisi yang tinggi nilainya. Sebuah puisi yang
penuh kata larangan bukanlah sebuah puisi, tetapi ianya berubah konstruk kepada
kata-kata dakwah.
Dalam hal ini, puisi yang
menggurui banyak terdapat dalam karya-karya yang bertemakan islamik. Para
pendakwah menggunakan puisi sebagai medium dakwah mengajak manusia untuk terus
berbuat kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara terlarang. Setiap manusia
adalah pendosa dan puisi-puisi dakwah hanya layak ditulis oleh
seorang yang membenarkan kata-katanya.
Surah As-Syura ayat 226:
وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ
Manusia yang menulis puisi dakwah namun tidak membenarkan kata dalam setiap dakwahnya tergolong dalam golongan yang munafik. Manusia yang memberi nasihat agar pembaca tidak meninggalkan solat sedangkan dia sendiri melakukan hal yang sama, menyeru manusia lain agar meninggalkan perkara terlarang tetapi penulis sendiri sedang menulis puisi dakwah sambil meminum berbotol-botol arak.
Surah As-Syura 227:
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانْتَصَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا ۗ وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ
Maksud: Kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.
No comments:
Post a Comment